01 May 2012

Badminton Muhibbah 2012

Tarikh 11 April 2012 menjadi tarikh pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Daulat Tuanku.

Tarikh tersebut telah dijadikan sebagai cuti umum kepada seluruh warga Malaysia. Kami warga SK Ulu Pelagus telah memanfaatkan cuti tersebut dengan pengisian aktiviti yang sihat dan bertujuan memupuk ikatan silaturrahim yang lebih kukuh antara seluruh warga SK Ulu Pelagus.

En Jimba selaku guru ko-kurikulum lantikan dalaman telah merancang perlawanan badminton dengan melibatkan semua guru serta staff sokongan SK Ulu Pelagus. Perlawanan dijalankan secara kalah mati. Setiap beregu merupakan gabungan pemain yang seimbang dari segi kemahiran.

Di akhir perlawanan, tiada pemain yang kalah. Seluruh warga SK Ulu Pelagus merupakan pemenang kerana berjaya mengeratkan hubungan demi mencapai kesepakatan dan muafakat dalam memandu SK Ulu Pelagus ke jalan yang gemilang.

Berikut merupakan video yang dihasilkan buat tontonan semua warga SK Ulu Pelagus supaya sentiasa ingat bahawa warga SKUP memang best!


p/s : Maaf atas kelewatan.

28 April 2012

Liga Bola Sepak 2012

Pada 29 Mac 2012 yang lalu, sebuah pertandingan liga bola sepak telah dilangsungkan. Terdapat 4 buah pasukan yang bertanding dengan jurulatih dan pengurus pasukan masing-masing. Sebagai penyeri acara, penampilan istimewa pasukan bola sepak dari Tahun 1 dan Tahun 2 turut mempamerkan aksi mereka di padang bola sepak.

Berikut merupakan sorotan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang pertandingan liga bola sepak dijalankan. Saksikan.



















































Semua murid seronok manakala semua guru dan staff sekolah terhibur dengan aksi-aksi yang dipamerkan oleh murid-murid. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah ditujukan kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan ini dengan amat lancar.